Sudah banyak movie dan novel yang menceritakan tentang apocalypse zombi. Ianya merupakan salah satu genre yang tarkenal dalam kalangan remaja mahupun dewasa. Bahkan aku sendiri suka membacanya di waktu lapangku sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Kadang kadang bersama rakan membayangkan tragedi seperti itu berlaku di dunia reality kerana merasakan ianya akan seronok hidup tanpa peraturan dan boleh merasa membunuh zombi zombi yang tak begitu berkemampuan melawan manusia kembali. Namun, kami terlepas pandang beberapa perkara yang boleh dikatakan tiada yang menyeronokkannya hidup dalam apocalypse. Sejujurnya, hampir semua persepsiku berkaitan seronoknya berada dalam zaman zombi berubah apabila aku mengalami sendiri tragedi dalam hidup aku ini. Ya, virus merebak ke seluruh pelosok dunia dan negaraku ini termasuk. Huru hara melanda namun kami bertekat untuk teruskan hidup. Jadi, kami memulakan perjalanan kami untuk pergi ke kawasan selamat yang sudah bersedia sebelum serangan zombi bermula. Aku, yang merupakan seorang yang suka menulis mencatat perjalanan kami menghadapi makhluk merbahaya ini demi mencapai tempat selamat itu.